video

Foto

Waktu Solat

KALENDER

Followers

Khamis, 3 September 2009

Berita 3 September 2003

NASIONAL
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Seksyen/index_html?mysec=Nasional

'Spiderman' didenda RM2,000

KUALA LUMPUR: Warga Perancis, Alain Robert Philippe, 47, yang terkenal kerana gemar memanjat bangunan pencakar langit hingga mendapat jolokan 'Spiderman' didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, selepas mengaku bersalah menceroboh serta memanjat Menara Berkembar Petronas tanpa kebenaran, kelmarin. [+]


'Pembangkang sengaja mahu cetus kekecohan'

IPOH: Pakatan pembangkang sengaja menimbulkan kekecohan di Perak supaya dapat dijadikan bahan cerita dalam media bagi menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa kononnya mereka dizalimi. [+]


Sultan arah Khalid selesai isu kuil

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengarahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencari jalan terbaik menyelesaikan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan majoriti Islam di Seksyen 23 di sini. [+]


Pak Lah dilantik pengerusi IKIM

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, semalam secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) daripada penyandangnya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. [+]


Chua sudah dapat 'lesen' buat EGM

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MCA yang dipecat dari parti itu minggu lalu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mendakwa penyokongnya sudah mendapatkan tandatangan lebih 800 perwakilan parti berkenaan bagi membolehkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan. [+]


Amah Indonesia diberi cuti sehari seminggu

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia bersetuju membenarkan pembantu rumah Indonesia diberi cuti sehari dalam seminggu dan mereka juga dibenarkan menyimpan pasport sendiri sewaktu berada di negara ini. [+]


Hadiah pemenang Anugerah Kajai kini RM30,000

KUALA LUMPUR: Pemenang kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia-Petronas (HKM MPI-Petronas) 2009, Anugerah Kajai, bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 selepas penaja utama anugerah berkenaan, Petronas, bersetuju menambah nilainya pada pertandingan kali ini. [+]


Pembantu kedai ke tali gantung kes edar dadah

SHAH ALAM: Seorang bekas pembantu kedai tayar dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar 625.7 gram ganja lima tahun lalu. [+]


60,000 dijangka kunjungi pesta perabot, hiasan

KUALA LUMPUR: Pesta Perabot dan Perhiasan Malaysia yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok di Pusat Konvensyen KLCC, dekat sini dijangka menarik 60,000 pengunjung berbanding 30,000 pengunjung tahun lalu. [+]


Keluarga bayi jantung berlubang mohon simpati

GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan, Muhd Anas Mohd Asri, yang menderita penyakit jantung berlubang memerlukan sebanyak RM40,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan dengan segera. [+]


Bicara kes Jamal ditetap 8 Disember

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini semalam, menetapkan 8 Disember ini, sebagai tarikh perbicaraan kes Jamal Abdillah yang didakwa mengugut bekas isterinya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dua tahun lalu. [+]


2 pelajar rayu bantuan bedah tulang belakang

KUALA LUMPUR: Empat tahun lalu, Nazatul Sima Kamarudin, 16, pernah mewakili negeri dalam kejohanan olahraga dan silat namun berikutan masalah Adolescent Idiopathic Scoliosis atau bengkok tulang belakang, impiannya untuk bergelar atlit negara terpaksa dikuburkan. [+]


Kedah umum rombakan kecil Exco

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan rombakan kecil portfolio membabitkan tiga anggota Exco kerajaan negeri berikutan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee sebagai Exco. [+]


Laporan punca kekalahan Rohaizat siap

BUTTERWORTH: Umno Pulau Pinang sudah menyiapkan laporan siasatan berhubung punca kekalahan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, baru-baru ini. [+]


Sindiket ceroboh tanah kerajaan, hutan didedah

GEORGETOWN: Satu sindiket dikesan menceroboh tanah milik kerajaan dan menebang pelbagai jenis pokok berharga termasuk jenis gaharu berhampiran Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dekat sini. [+]


Jenazah bekas Timbalan KPN selamat dikebumi

MUAR: Jenazah bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jaffar Abdul, yang meninggal dunia, petang kelmarin akibat pendarahan usus, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Bakar, bersebelahan Masjid Jamek Nurul Iman, dekat sini, semalam. [+]


Kunjungan Muhyiddin diharap selesai kemelut

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berharap kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Hulu Terengganu hari ini untuk bertemu empat sayap Umno negeri, dapat memulihkan kemelut dalaman parti. [+]


Perak buka pusat jagaan kanak-kanak percuma

IPOH: Perak bakal menjadi negeri pertama menyediakan pusat jagaan kanak-kanak secara percuma untuk semua kakitangan awam yang berkhidmat di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. [+]


Mahkamah tetapkan tarikh dengar bantahan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 14 September ini untuk mendengar bantahan awal Peguam Negara terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan keluarga wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu membabitkan keputusan pendakwa raya tidak membuat rayuan atas pembebasan Abdul Razak Abdullah Baginda, tahun lalu. [+]


Pengasas Aminah Hassan meninggal

SHAH ALAM: Pengasas perniagaan sos dan kicap terkemuka keluaran Bumiputera jenama Aminah Hassan, Aminah Othman meninggal dunia, pagi semalam kerana sakit tua di rumah adiknya di Seksyen 11 di sini. [+]


Speaker DUN Kedah cabar keputusan SPR

ALOR SETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akan mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif, di mahkamah. [+]


Rodzali teruskan misi majukan TUDM

SUBANG: Agenda pembangunan modal insan akan terus diberi perhatian oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejajar dengan kedudukannya sebagai sebuah ketumbukan tentera berteknologi tinggi. [+]


Negara tetap beli helikopter EC-725 Cougar

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia meneruskan semula pembelian helikopter EC-725 Cougar buatan firma Perancis, Eurocopter selepas hampir dua tahun ditangguhkan akibat kekangan ekonomi. [+]


Mayat dalam simen

KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita yang sudah reput dan ditanam dalam simen ditemui di tingkat dua sebuah blok kedai, dipercayai rumah sewanya di Jalan Seri Selayang, di sini semalam. [+]


Kes Anwar disebut semula 3 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan permohonan kedua beliau bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya. [+]


Phang lemah urus projek PKFZ: Azmi

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati, pengurusan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di bawah bekas pengerusinya, Datin Paduka OC Phang amat lemah. [+]


Kakak Dr Mahathir selamat disemadi

ALOR SETAR: Jenazah kakak sulung bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafeah yang meninggal dunia malam kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di sini, pagi semalam. [+]


Imam maut

PENDANG: Seorang imam yang dalam perjalanan untuk menghadiri solat jenazah, terbunuh manakala dua jemaah masjid dan cucunya cedera parah apabila kereta Proton Waja yang mereka naiki merempuh sebatang pokok di Jalan Kota Sarang Semut, dekat sini, petang kelmarin. [+]


Jabatan Perpaduan temui wakil

PUTRAJAYA: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak yang terbabit dalam isu pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam, bagi mengelakkan ia menjadi isu yang boleh menjejaskan hubungan kaum di negara ini. [+]


Warga Seksyen 23 kecewa tidak diendah

PUTRAJAYA: Penduduk Seksyen 23 Shah Alam menyifatkan mereka tertekan kerana kerajaan Selangor tidak memberi perhatian apabila mereka membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap pembinaan kuil di kawasan itu. [+]


Penduduk, badan Hindu bincang jalan terbaik

PUTRAJAYA: Kerajaan yakin isu bantahan pembinaan kuil di kawasan Seksyen 23 Shah Alam sehingga membawa kepada demonstrasi Jumaat lalu, dapat diselesaikan apabila penduduk mengadakan pertemuan dengan Persatuan Hindu Sanggam, semalam. [+]


SPRM siasat projek tidak wujud

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, memanggil dua kontraktor berhubung siasatan kes tuntutan projek yang tidak wujud di Selangor. [+]


Polis ada kuasa laksana ketenteraman awam

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata polis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bagi memastikan ketenteraman awam terkawal apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat mengingkari arahan bersurai ketika polis menghalang daripada mengadakan �persidangan DUN Perak� di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam. [+]


Tiada kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kematian baru akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan semalam menjadikan angka korban kekal 72 orang, namun, kes jangkitan terus meningkat dengan 87 kes baru dengan simptom influenza-like illness (ILI) menjadikan sejumlah 1,238 pesakit ILI menerima rawatan di hospital. [+]


Ibu bebas tuduhan bunuh anak

SHAH ALAM: Seorang suri rumah menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna tahun ini apabila dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh anak perempuannya lima tahun lalu menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, semalam sebagai rahmat Ramadan. [+]

Label Diari

Blog Archive

Kerajaan Negeri Perlis


Lagu Negeri Perlis

Bendera Negeri Perlis

Peta Negeri Perlis

Jabatan Negeri Perlis